Hegemoni Barat dan Globalisasi:Realiti dan Cabaran

#Ini adalah hasil kerja saya bersama siti samihah,zulfa,afrida,dan tohirah untuk subjek Tamadun Islam Tamadun Asia pada semester yang lepas.Moga manfaat dapat dikongsi bersama.

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI : REALITI DAN CABARAN
PENDAHULUAN
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut yang hampir semua bidang kehidupan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunca dari kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia .
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia .
Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.


BAB 1 : PENGENALAN HEGEMONI BARAT
1.2 DEFINISI HEGEMONI
Istilah hegemoni berasal daripada istilah yunani,hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak pengusasa.
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa maksud pengaruh atau pengusaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik,ekonomi, sosial,budaya,ketenteraan, pendidikan, pendidikan,perundangan dan sebagainya.
Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didomnasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa).
Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa

1.2 SEJARAH RINGKAS TAMADUN BARAT
Tamadun eropah atau dikenali sebagai tamadun Barat telah dibahagikan oleh sejarawan kepada tiga zaman utama ,iaitu Zaman Purba yang merujuk kepada tamadun Yunani dan Romawi ,Zaman Pertengahan yang bermula pada sekitar 400M hingga 1600M dan Zaman Moden selepas tahun 1600M ,yang kemudiannya menyaksikan kebangkitan Revolusi Sains di barat .Manakala di Zaman Pertengahan telah di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu Zaman Pertengahan Awal yang disebut juga sebagai Zaman Gelap eropah dan Zaman Pertengahan Tengah atau disebut juga Zaman Kemajuan Eropah dan Zaman Renaissance .Terdapat juga ahli sejarah mengatakan Zaman Gelap diakhiri pada 800M. Selepas Zaman Gelap muncul pula Zaman Pertengahan Tengah yang disebut juga sebagai Zaman Kemajuan, kerana pada waktu itu Eropah telah mula mengalami pembangunan intelektual yang pesat hasil kemasukan pengaruh ilmu-ilmu dari tamadun Islam di Timur. Zaman pembangunan intelektual ini telah menjadi tapak asas kepada tercetusnya Zaman Renaissance pada sekitar 1450M. Zaman Renaissance ini benar-benar telah mengubah corak penghidupan masyarakat Eropah kepada kemajuan intelek yang begitu tinggi, secara agak drastik hinggalah ke hari ini.

1.3 ZAMAN KEBANGKITAN TAMADUN BARAT
1.3.1 PENGENALAN ZAMAN RENAISSANCE
Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tertutup dari sudut ekonomi ,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja .Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan .
Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman belaku perubahan sikap dan membuka minda serta membawa fahamn baru .


1.3.2 PENGERTIAN RENAISSANCE
Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains , sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.
Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.

1.3.3 PROSES PENYALURAN ILMU DARI TAMADUN ISLAM KE TAMADUN BARAT DI ZAMAN PERTENGAHAN
Sebelum bermulanya proses kemasukan ilmu dari tamadun Islam ke tamadun Barat di Eropah, masyarakat barat masih berada di zaman kegelapan, mundur dalam dalam segala aspek kehidupan dan berada pada tahap paling rendah martabat inteleknya. Pada zaman itu, di Eropah terdapat “hanya cebisan-cebisan daripada pemikiran Romawi,,dilonggokan semuanya dalam susunan tulisan-tulisan Martinus Capella, Bede, Isodoe dan juga teknik tertentu, yang terselamat daripada pupus kerana luas edarannya”. Pengajian pada masa itu hanya berkisar di ilmu gereja;gospel yang termaktub dalam Bible, wajib diterima bulat-bulat tanpa sebarang persoalan dan pertikaian. Manakala tokoh intelek pada zaman tersebut tidak kreatif dan tidak menyumbang idea asli. Mereka ini kebanyakannya menjadi penyusun idea-idea yang telah sedia ada daripada tamadun Yunani. Mereka ini kebanyakkannya terdiri daripada kalangan kelompak gereja dan penganut pagan yang belum menerima ajaran Kristian. Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti St. Augustin (351-430), seorang pendeta Kristian yang agak terbuka dan terkenal dengan sumbangannya dalam ilmu kemanusiaan secara am dan Boethius (480-524), seorang tokoh intelek pagan yang masyhur.

BAB 2 : PENGENALAN GLOBALISASI

2.1 Definisi globalisasi

Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya.

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

2.2 Sejarah globalisasi

Banyak sejarawan yang menyebut globalisasi sebagai fenomena di abad ke-20 ini yang dihubungkan dengan bangkitnya ekonomi internasional. Padahal interaksi dan globalisasi dalam hubungan antarbangsa di dunia telah ada sejak berabad-abad yang lalu. Bila ditelusuri, benih-benih globalisasi telah tumbuh ketika manusia mulai mengenal perdagangan antarnegeri sekitar tahun 1000 dan 1500 M. Saat itu, para pedagang dari Tiongkok dan India mulai menelusuri negeri lain baik melalui jalan darat (seperti misalnya jalur sutera) maupun jalan laut untuk berdagang
Fasa selanjutnya ditandai dengan dominasi perdagangan orang islam di Asia dan Afrika. Orang islam membentuk jaringan perdagangan yang antara lain meliputi Jepang, Tiongkok, Vietnam, Indonesia, India, Persia, pantai Afrika Timur, Laut Tengah, Venesia, dan Genoa. Di samping membentuk jaringan dagang, kaum pedagang islam juga menyebarkan nilai-nilai agamanya, nama-nama, abjad, arsitek, nilai sosial dan budaya Arab ke warga dunia.
Fasa selanjutnya ditandai dengan eksplorasi dunia secara besar-besaran oleh bangsa Eropah. Sepanyol, Portugis, Inggeris, dan Belanda adalah pelopor-pelopor eksplorasi ini. Hal ini didukung pula dengan terjadinya revolusi industri yang meningkatkan keterkaitan antarbangsa dunia. berbagai teknologi mulai ditemukan dan menjadi dasar perkembangan teknologi saat ini, seperti komputer dan internet. Pada saat itu, berkembang pula kolonialisasi di dunia yang membawa pengaruh besar terhadap kebudayaan di dunia.
Semakin berkembangnya industri dan kebutuhan akan bahan baku serta pasar juga memunculkan berbagai perusahaan multinasional di dunia. Di Indonesia misalnya, sejak politik pintu terbuka, perusahaan-perusahaan Eropah membuka berbagai cabangnya di Indonesia. Freeport dan Exxon dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, British Petroleum dari Inggeris adalah beberapa contohnya. Perusahaan multinasional seperti ini tetap menjadi ikon globalisasi hingga saat ini.
Fasa selanjutnya terus berjalan dan mendapat momentumnya ketika perang dingin berakhir dan komunisme di dunia runtuh. Runtuhnya komunisme seakan memberi pembenaran bahawa kapitalisme adalah jalan terbaik dalam mewujudkan kesejahteraan dunia. Implikasinya, negara-negara di dunia mulai menyediakan diri sebagai pasar yang bebas. Hal ini didukung pula dengan perkembangan teknologi komunikasi dan transportasi. Hasilnya, sekatan-sekatan antara negara pun mulai kabur.


BAB 3- REALITI HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI KINI
3.1 Media
Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam.

Yang jelas, media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah mempengaruhi sepenuhnya media-massa media-massa yang ada di dalam masyarakat Islam dan Arab. Merekalah yang menerbitkan program-program di negara Islam sama ada yang dapat ditonton, didengar dan mencetaknya untuk dibaca. Program-program yang menyebarkan kejahatan, memberi galakan untuk melakukan jenayah, menimbulkan keraguan terhadap akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni.

Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Manakala Hollywood pula merupakan pengeksport komoditi hiburan terbesar dunia. Amerika Syarikat memperoleh pendapatan melalui perkembangan ini sebanyak 20 bilion ( US dolar ) dan 70% adalah langganan luar Amerika Syarikat iaitu dari negara-negara dunia ketiga.
3.2 Ekonomi
Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

3.3 Politik
Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.

Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi.

3.4 Sosial
Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan globalisasi budaya di bawah :
(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola, Pepsi tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.
(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levi’s menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya.
(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Masyarakat dunia hari ini juga lebih terdedah kepada budaya yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.
(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan Disneyland juga diadakan di luar Amerika.


3.5 Agama
Barat, telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama dan menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha memperbaiki, merubah, membawa kemajuan atau tamadun. Konsep-konsep akidah dan pemikiran telah berubah di kalangan umat Islam sehingga kemulhidan telah berkembang di tengah-tengah kesesatan dan kekufuran mereka.

Islam Liberal sudah pun difatwakan sesat dan bercanggah dengan syariat Islam. Akhir-akhir ini pelbagai salah faham terhadap syariat Islam sengaja digembar-gemburkan oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang kepada ideologi sekular-liberal dan humanisme anjuran Barat. Golongan Islam Liberal ini mengakui berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam yang dibawa oleh mereka adalah Islam yang beracuan pemikiran semata-mata berteraskan ideologi Barat.

Sister In Islam (SIS) dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember 2002 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara agama yang mempunyai kuasa undang-undang menyeru kepada kebebasan beragama. SIS juga dikaitkan dengan fahaman Liberal ini apabila sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral terhadap pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur.
1.4 REALITI-REALITI YANG “MENGKRITIK” DUNIA BARAT

Bukan sahaja para sarjana Barat mahupun Islam yang mengkritik tamadun Barat, bahkan realiti dan fakta-fakta ilmiah juga turut mengkritik peradaban Barat secara majazi. Fakta-fakta tersebut juga mewakili keruntuhan tamadun Barat dan membuktikan secara jelas, bahawa Barat sememangnya sudah kehilangan kemanusiaan bahkan sudah jauh dari fitrah manusia.
Terlebih dahulu, fakta-fakta yang terlalu banyak yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (di dalam buku beliau, Al-Islam… Hadharah Al-Ghad,) mengenai kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat Barat, sudah cukup untuk membuktikan betapa dunia Barat hari ini menuju kehancuran (terutamanya dalam aspek kemanusiaan).
Beliau menyimpulkan bahawa, keburukan dan kesan buruk tamadun moden, tergambar dari beberapa sudut iaitu: keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal dan jenayah yang berleluasa.

Mari kita susuli satu persatu gambaran-gambaran yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, mengenai keburukan yang dibawa oleh tamadun Barat.


1.Keruntuhan Akhlak
Dinyatakan dalam laporan tersebut bahawa malapetaka bom atom dan rasa takut yang bakal menimpa dan meruntuhkan umat manusia adalah satu alasan yang menyebabkan para remaja mengambil prinsip hidup untuk bersenang-senang merasai kelazatan (hedonisme), suatu prinsip kelazatan yang tidak menghormati agama dan ilmu. Ia tidak memperkirakan ikatan keluarga ataupun tanggungjawab sosial. Peraturan yang berjalan sekarang mencari dan terus mencari kenikmatan hidup tanpa jemu.
Hal ini amat tepat. Jika disingkap, kehidupan sosial masyarakat Barat, sememangnya hiburan-hiburan menjadi pilihan utama para remaja Barat. Artis-artis hiburan turut didewakan sehingga menjadi idola para remaja. Bahkan, nyanyian dan lagu-lagu yang diperkenalkan oleh artis-artis hiburan turut membahawa kepada budaya-budaya tertentu.
Dalam bidang hiburan, budaya-budaya seperti rock, hip hop, trasher, rap, malah punk, dan sebagainya menjadi acuan remaja-remaja dan artis-artis. Mereka saling memperjuangkan budaya-budaya dan imej mereka sehinggakan (kadang-kalanya) terjadi pertentangan dan pergaduhan sesama kumpulan budaya-budaya yang berlainan.
Dalam bidang sosial umum pula, budaya-budaya seperti punk, hip-hop, skin head, hippies, neo-nazi, mafia, gangster dan sebagainya tersebar meluas. Lebih menyebabkan masyarakat Barat tertekan ialah, golongan yang berbudayakan budaya-budaya tersebut sebenarnya berkait rapat dengan kegiatan jenayah-jenayah yang berlaku di sekitar mereka
Golongan tersebut seolah-olah menentang hak asasi manusia, walaupun mereka hidup di negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia (iaitu negara-negara Barat). Keganasan seolah-olah menjadi rutin harian mereka.
Secara umum pula, masyarakat Barat terdedah dengan gejala seks yang bebas. Para lelaki dan wanita saling bertukar pasangan dan budaya melahirkan anak luar nikah merupakan suatu kebiasaan. Bagi ibubapa yang mendapat tahu anak perempuannya melahirkan anak luar nikah, merekalah yang akan tolong menjaganya tanpa sebarang kejutan atau memberi teguran.
2.Kemusnahan Keluarga
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di dalam insititusi kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau. Penyelewengan-penyelewengan tersebut adalah seperti menjual anak, tuntutan nafkah kaum lelaki daripada kaum wanita yang lebih kaya daripada mereka (hasil persamaan hak yang dituntut oleh kaum feminisme), ibu sewaan, menghindari kelahiran (tak mahukan anak), pengguguran anak, menentang konsep perkahwinan, perkahwinan sejenis, keluarga tanpa bapa (untuk pasangan lesbian), dan sebagainya.
Beliau turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang bertentangan dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam kajian juga, tamadun Barat sebenarnya turut bertanggungjawab dalam melahirkan jenayah-jenayah dalam rumahtangga.
Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi satu tempat yang menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat di mana keganasan bermula. Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat dengan arak dan dadah, dan mereka akan melepaskan tindakan yang kejam dalam keadaan mabuk di dalam rumahtangga mereka.
3.Kegelisahan Jiwa
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seterusnya membentangkan kes-kes berkenaan jiwa masyarakat Barat yang amat tertekan dan gelisah. Di samping membentangkan isu-isu kegelisahan masyarakat Hollywood, belau juga turut mendedahkan bahawa, kelahiran golongan hippies dan vagabond juga merupakan natijah permberontakan jiwa masyarakat Barat terhadap tamadun materialistik yang dibina di Barat.
Beliau turut mendedahkan bagaimana kebanyakkan daripada artis-artis Barat yang mengalami kegelisahan jiwa, walaupun berada dalam alam populariti. Hal ini jelas terzahir pada kehidupan artis-artis yang terkenal seperti Garetta Garbo, Brigita Bardot (artis Perancis), Marlyn Monroe, Kurt Cobin dan sebagainya.
4.Kecelaruan akal
S.W Peres menegaskan bahawa, satu daripada setiap dua puluh dua penduduk kota New York harus dimasukkan ke dalam rumah sakit mental dari masa ke semasa. Prof. Alex Carel mengatakan bahawa: “Yang menghairankan, penyakit mental lebih banyak daripada semua pesakit lain secara keseluruhan”.
Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa, minda masyarakat yang disaluti oleh perkembangan ilmu pengetahuan, sebenarnya dilanda kekusutan. Bahkan, penyakit mental menjadi penyakit utama masyarakat Barat. Bukankah mereka merupakan bangsa yang bangga dengan pencapaian mereka dalam ilmu pengetahuan? Tetapi, dalam masa yang sama, mereka melahirkan begitu banyak orang-orang yang sakit mental?
Bukan sahaja pesakit mental, bahkan ramai dikalangan masyarakat Barat yang terdedah dengan gangguan mental. Kebanyakkan daripada mereka cenderung untuk melakukan jenayah tanpa rasa bersalah.
33% daripada golongan lelaki (Barat) mengakui bahawa, jika mereka dapat lepas daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan melakukan jenayah rogol.[24] Bahkan, 51% daripada mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di kolej-kolej mengakui bahawa, jika mereka yakin dapat lepaskan diri, sudah tentu mereka akan lakukan jenayah rogol.[25]
Inilah corak minda yang lahir daripada mentaliti masyarakat Barat yang terdedah dengan pelbagai bentuk keganasan bahkan terdedah dengan keinginan untuk melakukannya. Inilah yang paling membahayakan sesebuah tamadun manusia, yang akhirnya mengembalikan manusia ke alam hutan dengan jenayah-jenayah mereka.
5.Jenayah dan Ketakutan
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi turut mendedahkan fakta-fakta mengenai ketakutan masyarakat Barat terhadap jenayah yang berlaku di sekitar mereka.
4 daripada 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran pembunuhan, serangan, kecurian dan perogolan. 52% daripada warga bandar-bandar hidup dalam ketakutan sepanjang masa. Ketakutan turut dirasai oleh 41% daripada warga bandar-bandar kecil dan 31% daripada warga pingiran kampung. 52% daripada responden masyarakat Barat menyimpan senjata untuk membela diri mereka.
Apa yang mereka takutkan? Mereka begitu takutkan jenayah-jenayah yang berleluasa di sekitar mereka. Namun, gambaran mengenai jenayah yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1979. sedangkan, kini sudah masuk ke alaf baru (2005). Adakah jenayah-jenayah yang didedahkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menurun pada sepuluh tahun terakhir ini (1995-2005)?
Kes rogol di Barat khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat dunia. Sehinggakan, laporan ada menyebut: “Dalam suatu kajian, 13% daripada perempuan-perempuan Amerika yang berumur 18 tahun ke atas, pernah melaporkan bahawa, mereka pernah dirogol sekurang-kurangnya sekali.” (Kilpatrick et al,1992, p.i)
Bahkan, dalam satu statistik umum, 1871 wanita dirogol setiap hari. Lebih malang lagi laporan menyatakan bahawa, jenayah rogol merupakan jenayah yang paling banyak yang tidak dilaporkan oleh masyarakat Barat. Hanya 16% sahaja daripada kes rogol yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pada 2001, sebanyak 248 250 kes rogol dan jenayah seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Bayangkan, jika 248 250 kes, hanya merupakan 16% daripada jenayah rogol yang berlaku, yang dilaporkan, berapakah sebenarnya kadar jenayah rogol yang berlaku dalam masyarakat Barat!!! Ya, jenayah rogol di Barat telah mencecah lebih jutaan kes pada hakikatnya, pada setiap tahun.
Setiap 2 minit, seorang wanita dirogol di US. 72 daripada 100 000 orang wanita dirogol setiap tahun. 45% daripada perogol-perogol, merogol dalam keadaan mabuk. 47% mangsa mengalami kecederaan yang teruk setelah dirogol. 80% daripada wanita yang dirogol berusia 30 tahun ke bawah.
Di institusi-intitusi pengajian pula (kolej-kolej), 25% daripada mahasiswi-mahasiswi pernah menjadi mangsa rogol. 8.5% daripada mahasiswa-mahasiswa pernah dipaksa untuk melakukan hubungan seks (tetapi tidak dianggap sebagai kes rogol). 47% daripada kes-kes rogol itu berpunca daripda temujanji.[32]
Dalam laporan laman web yang lain, dikatakan bahawa: setiap 6 saat, seorang perempuan dirogol di Amerika Syarikat. Bahkan, seorang daripada 4 orang mahasiswi-mahasiswi di institusi-institusi pengajian yang pernah dirogol atau hampir-hampir dirogol. Menurut sebuah laman web yang lain (mengenai kes rogol di Barat), http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm, kes rogol turut melibatkan orang-orang yang rapat dengan mangsa bahkan ahli keluarga mangsa sendiri.
Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah, termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual. 29% daripada keganasan terhadap wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan si mangsa, samada suami, bekas suami, teman lelaki mahupun teman lelaki.
503 485 perempuan mendakwa bahawa diri mereka diekori oleh kenalan-kenalan rapatnya dalam keadaan mencurigakan, di Amerika. 76% daripada laporan keganasan terhadap wanita secara fizikal mahupun seksual, melibatkan bekas suami, pasangan, teman temu janji atau teman lelaki.







BAB 4 : CABARAN GLOBALISASI DAN HEGEMONI BARAT TERHADAP
UMAT ISLAM
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka; agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar-Rum 30:41)

4.1 CABARAN DALAMAN
4.1.1 Ketaatan kepada syara’ dan sistem pentadbiran
Gerakan Islam ialah suatu yang membawa kepada taat akan Allah s.w.t. dan syariatnya. Apabila taat kepada tanzim melebihi taat kepada Allah swt dan syariat akan membawa kepada kebinasaan dan bahaya kerosakan yang amat besar.
Taat itu hanya wajib kepada Allah swt dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebaikan (ma’ruf). Seseorang muslim itu wajib taat kepada Allah swt, Rasul serta ketua yang tidak menyuruh kepada kemaksiatan. Ini memberikan kepada kita satu kaedah taat kepada ketua atau pemimpin itu ada had dan batasnya. Sabda Rasulullah saw : ’Tiada ketaatan kepada makhluk yang menyuruh kepada kemaksiatan’.
Terdapat perbezaan yang besar di antara sistem demokrasi dan syariat Allah swt. Demokrasi merupakan hukum pada manusia manakala hukum Islam (syariat) itu hukum pada sisi Allah swt.

4.1.2 Pergolakan di Kalangan umat Islam
Fenomena ini amat jelas seali sehinggakan ia menjadi sebab utama kepada kejatuhan Islam. Berlakunya perselisihan pendapat yang mana masing-masing mengatakan pendapatnya adalah benar, tiada sikap tolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu di antara umat Islam.
Dari sehari ke sehari umat Islam hanya sibuk dengan pertelingkahan sesama sendiri. Hanya mengikut hawa nafsu. Tiada lagi pegangan pada ajaran Islam, tiada lagi bersifat sebagai seorang Islam. Tanpa mereka sedari inilah sebab kenapa umat Islam dibunuh dengan mudah.

Sebab-sebab Yang Membawa Kepada Perpecahan
a) Pentadbiran hanya mengikut peredaran zaman dan tidak lagi berpandukan kepada Al-Quran dan sunnah.
b) Sesetengah generasi baru umat Islam yang tidak melihat kepada sejarah Islam.
c) Tiada tindakan bagi memastikan corak pemerintahan (Qiadi) dijaga dan dijadikan panduan kepada generasi-generasi baru.
d) Tiada kesatuan dalam pemikiran dan gerak kerja.
e) Adanya perasaan bangga diri dalam diri masing-masing. Segala yang diutarakan di anggap betul dan perlu diterima oleh semua orang. Firman Allah Taala :
Dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui. (Surah Yusuf : 76)

4.1.3 Kelemahan Aspek Kewangan
Harta merupakan sumber kekuatan kepada satu-satu gerakan Islam. Tanpa kewangan yang mencukupi, gerakan Islam tidak akan dapat menjalankan segala aktiviti dan perancangannya akan tergendala.
Harta dan wang ringgit kadang-kadang menjadi sebab kepada fitnah dalam gerakan Islam apabila disalahgunakan.
Bila mana pengetahuan tentang agama kurang, pegangan akidah yang goyah, ia mudah mempengaruhi umat Islam. Begitu juga dengan para pendakwah Islam. Apabila kurang pentarbiyahan dalam hati dan jiwa, penyalahgunaan kuasa akan berlaku. Lantaran itu akan merosakkan barisan petugas.
Berapa ramai di kalangan pemimpin Islam yang tidak terpengaruh dengan kekayaan dunia ini. Kebanyakan berlakunya kejatuhan negara-negara Islam ini disebabkan oleh pemimpinnya yang hanya mementingkan diri sendiri. Kesudahannya umat Islam ditindas dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Mereka tidak merasa malu dan bersalah di atas tindakan yang dilakukan asalkan apa yang di inginkan tercapai.
Kesimpulannya kekuatan ekonomi boleh membawa kepada kebangkitan Islam dan keruntuhan Islam.

4.2 CABARAN LUARAN
4.2.1 Perancangan Yahudi dan Freemason
Yahudi berkata di dalam protokol mereka: ”Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Sesungguhnya Frued adalah daripada kalangan kita. Beliau akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemda. Hasilnya ialah memuaskan kehendak nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu, akan runtuhlah akhlak mereka”
Yahudi adalah orang yang mendokong teori Nietche yang melenyapkan akhlak dan mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang boleh membawa kepada kepuasan. Di antara apa yang dikatakan oleh Frued, seorang Yahudi dari Austria: ”Manusia hendaklah berusaha memuaskan nafsu dengan cara merungkaikan ikatan akhlak dan halangan daripada masyarakat yang menghalangnya daripada bebas melakukan itu semua.” Oleh kerana itu, Yahudi telah mendokong teori Frued untuk mengalihkan perhatian pemuda ke arah memuaskan syahwat dan fahaman mengharuskan semua perkara.

4.2.2 Perancangan Penjajah dan Salibiah
Seorang pemimpin penjajah telah berkata: ”Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkanlah mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat.
Paderi Zeumer telah berkata pada satu muktamar pendakwah Kristian yang diadakan di Baitul Maqdis: ”Kamu telah mewjudkan di negara Islam satu generasi yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah. Dengan itu lahirlah generasi yang mengikut apa yang dikehendaki oleh penjajah. Mereka tidak menghiraukan agama, cintakan kerehatan dan menjadi malas. Seluruh keinginan di dunia dicari semata-mata untuk memenuhi kehendak syahwat. Apabila mereka belajar, mereka belajar kerana syahwat. Mereka menduduki pangkat yang tinggi adalah untuk mencapai tuntutan syahwat.
Perancangan penjajah Salibiah ini adalah semata-mata bertujuan untuk mengalih perhatian pemuda-pemuda Islam daripada medan jihad dan mempertahankan Islam. Dengan itu mereka tidak akan berfikir untuk berusaha ke arah mencapai kemuliaan dan keagungan.

4.2.3 Perancangan Komunis dan Aliran Materialisme
Dengan membiarkan umat Islam sibuk dengan hiburan dan pementasan daripada menghayati aqidah Uluhiyah. Apabila ditanya kepada Karl Marx: ”Apakah ganti kepada aqidah Uluhiyah?” Beliau menjawab, ”Gantinya ialah hiburan dan pementasan.”
Apakah anda mengetahui erti hiburan dan pementasan wahai para pemuda apabila ia digunakan untuk meruntuhkan aqidah dan akhlak?
Di antara perancangannya lagi ialah memalingkan generasi Islam daripada Islam dengan menggunakan novel, majalah, akhbar dan lain-lain. Penganut komunis telah berkata di dalam dokumen rahsianya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh staz ’Akad di dalam bukunya ”Islam dan Komunis”: ’Kita telah berjaya menyebarkan unsur-unsur yang merosakkan agama di dalam masyarakat beragama yang terdiri daripada novel, hiburan, pementasan, kursus-kursus, akhbar, majalah dan karangan-karangan yang menyebarkan fahaman tidak bertuhan dan menyeru ke arahnya, menghina dan memperolok-olokkan pejuang agama dan menyeru ke arah sains semata-mata serta menjadikannya sebagai tuhan..’
Adakah anda mengetahui wahai para pemuda apakah yang telah dilakukan oleh akhbar, majalah, novel dan hiburan dalam usaha menghapuskan iman, meruntuhkan akhlak dan menyebarkan akhlak yang buruk di seluruh negara Islam....?

BAB 5 : PENUTUP
5.1 STRATEGI MENGHADAPI CABARAN
Persoalan yang perlu dibincangkan ialah bagaimana kita menghadapi cabaran yang mencengkam ini.Dalam hal ini semua pihak mempunyai peranan yang perlu dimainkan sebaik mungkin. Antara cadangan strategi yang boleh dikemukakan ialah :
5.1.1 Menggunakan peluang
Umat Islam mestilah mengelakkan diri daripada terus berkonfrontasi dengan barat.Pada masa yang sama kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah bilhal dan dialog antara agama. Islam terbukti berkembang dengan positif selepas perjanjian Hudaibiyah berbanding ketika perang sedang memuncak dan ini merupakan bukti bahawa suasana aman adalah prasyarat terhadap perkembangan dakwah yang pesat.
5.1.2 Memperkasa Martabat Ulama dan sarjana
Pemerintah memberi kebebasan dan hak membuat kajian,menulis dan menyampaikan ilmu dengan bebas dan bertanggungjawab.Nasib ulama dan intelektual di dunia islam amat memilukan sehinggakan ramai yang menjadi buruan pemerintah kerana lantang memperjuangkan kebenaran dan keadilan.Akibatnya ramailah ulama dan intelektual yang bisu dalam pengertian tidak berani menegur pemerintah kerana ketakutan.
5.1.3 Mengeratkan hubungan 3 U (ulama ,umarak ,ummah)
Sejarah perkembangan islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan padu antara ulama dan umara menjadi erat dan kental,maka kerajaan akan bertambah kuat, ummah akan terbela, negara akan menjadi aman dan damai.Di Alam melayu sejarah kerajaan Islam Samudera Pasai,Melaka dan Aceh membuktikan bahawa wujudnya kesalingan ini telah menjadikan kerajaan tersebut menjadi pusat perkembangan Islam yang paling penting dan berpengaruh pada abad 14 hingga ke 17.Sebalik nya pula sebaik sahaja ulama dan umara’ tidak bersatu,ummah tidak terbela ,negara akan hancur samada kerana perpecahan dalaman akibat serangan luar atau itimpa bala bencana.
5.1.4 Memperbaiki Sistem Pendidikan.
Pihak kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan dasar dan sistem pendidikan negara memandangkan sistem pendidikan adalah saluran terpenting untuk mendidik masyarakat.Kerajaan perlu kembali kepada falsafah pendidikan Islam yang lebih komprehensif .Realiti masyarakat hari ini menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan negara.Sistem pendidikan kita juga dilihat lebih bercorak exam-oriented daripada menumpukan pemikiran, yang meliputi aspek kekreatifan dan daya cipta seseorang pelajar .

5.2 PERANAN GENERASI MUDA
Sukarno, seorang pemimpin karismatik dan pemidato hebat daripada Indnesia pernah berkata, “Berikan aku sepuluh orang pemuda nescaya akan aku gegarkan dunia ini”. Sukarno dikatakan seorang pemimpin yang cukup berjaya dalam era revolusi. .Saidina Umar Al-Khattab,Khalifah Islam yang kedua pernah mengimpikan lahirnya ramai generasi muda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah,Khalid Al-Walid,Saad Bin Abi Waqas,Ali Abi Talib untuk membantunya mendaulatkan kalimah suci Allah di atas muka bumi ini. Dua tokoh di atas menggambarkan keinsafan seorang pemimpin yang berfikiran futuristic tentang nasib agama dan bangsanya sendiri.Mereka menyedari betapa pentingnya pemuda dalam sistem sosial manusia.Bagaimana dengan kita?Pernahkan kita berfikir tentang nasib negara kita satu atau dua dekad akan datang?Bagaimana kualiti kepimpinannya?Siapakah yang akan memimpin dan mampukah mereka?

Generasi muda pada hari ini menghadapi desakan yang hebat dan mencabar kemampuan diri mereka untuk berdiri teguh dengan identiti sendiri . Cabaran ini didorong oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami dikenali dengan 'perkampungan sejagat' atau 'global village'. Mengibaratkan sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani belia Islam hari ini. Hal ini menuntut generasi muda mempersiapkan diri sebaik mungkin dari aspek kerohanian,keilmuan, dan kemahiran hidup. . Generasi muda yang kita harapkan adalah generasi yang mampu membentuk arus globalisasi akan datang bukan hanyut mengikut arus globalisasi yang dibentuk oleh musuh agama. Sejarah telah menyediakan para pemuda contoh yang berjaya membentuk arus di zaman mereka. Antaranya ialah :
1. Jundub Bin Janadah (Abu Dzar Al-Ghiffari)
2. Usamah Bin Zaid
3. Zainab Al-Ghazali
4. Muhammad Bin Murad (Sultan Muhammad Al-Fateh)
5. Ashaabul kahfi

Mereka adalah generasi ulul albab yang memacu perubahan dan kegemilangan zaman mereka. Generasi Ulul Albab inilah yang dinantikan dan diimpikan oleh umat sepanjang zaman.Generasi ini merupakan generasi yang menekankan aspek zikir, fakir, dan amal soleh kepada Allah . Mereka memiliki ilmu yang luas,penglihatan yang tajam, otak yang cerdas, hati yang lembut,lidah yang basah mengingati Allah dan bersemangat serta berdaya juang yang tinggi dalam menegakkan agama Allah di muka bumi.Ia di anggap sebagai pemimpin umat yang sentiasa berjuang menegakkan keadilan ,membanteras kezaliman dan menyelesaikan permasalahan umat serta kompeten sepanjang masa.
Terdapat istilah lain selain ulul albab yang bertujuan untuk melahir dan mengembalikan kegemilangan Islam antaranya ialah Jiilun Nasr. Istilah ini diperkenalkan oleh Professor Dr. Yusof Qaradawi yang bermaksud generasi kemenangan.Generasi yang dibina melalui kekuatan roh dan jasad, kemudian menjadi binaan yang kukuh yang tidak boleh dirungkaikan lagi.Terdapat 10 ciri kecemerlangan yang terkandung dalam Jiilun Nasr iaitu :
1. Cita-cita besar para Muslah (pengubah)
2. Generasi yang terdiri daripada muslimin dan muslimat
3. Generasi yang percaya kepada reality dan ilmu
4. Generasi amal dan membina jama’iy
5. Generasi Rabbani dan ikhlas
6. Generasi yang bernasabkan islam
7. Generasi dakwah dan jihad
8. Generasi gagah dan agung
9. Generasi seimbang dan sederhana
10. Awwabun dan Tawwabun (sentiasa kembali ke jalan Allah dan memperbanyakkan taubat)
Generasi ulul albab sebeginilah yang wajar dianggap sebagai generasi harapan,yang mempunyai kepelbagaian watak iaitu pemikir, cendekiawan, pembimbing, intelektual,dan pemimpin berwatak glokal yang mampu mengembalikan kegemilangan dan memakmurkan sekalian alam. Kecemerlangan umat banyak bergantung kepada generasi seperti ini.Golongan muda adalah pelapis yang akan membawa obor Islam selepas golongan tua tiada.Setiap organisasi dan institusi menjadi bermasaalah apabila ketandusan pelapis.Jesteru fokus perlu diberikan kepada mereka.

5.3 KESIMPULAN
Melalui apa yang telah diperbincangkan dalam bab-bab ini dan sebelum ini jelaslah bahawa kehidupan bertamadun dalam konsep globalisasi sentiasa menghadapi pelbagai bentuk cabaran. Namun bukanlah satu ketetapan bahawa barat akan selamanya menguasai arus globalisasi tanpa ada peluang pada tamadun lain untuk mendominasi.Segalanya bergantung kepada diri masing-masing.Firman Allah s.w.t telah menjelaskan bahawasanya yang bermaksud :
“ (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui “
(Surah Al-Anfaal : ayat 53)

Marilah kita berharap agar suatu ketika nanti akan mucul generasi ulul albab. Generasi harapan ini dikatakan bakal mengembalikan kegemilangan dan kemakmuran yang dilimpahi rahmat dan berkat dariNya.Harapan bukan sekadar mimpi.Harapan juga bukan satu ilusi malah harapan yang disulami dengan gagasan,berpaksikan kepada keimanan, berupaya mengubah diri, membangkitkan motivasi,mencetuskan inspirasi, menjelmakan realiti dan merapatkan hubungan dengan Ilahi.
Setiap insan yang mengaku diri mereka pemuda, tidak wajarlah bagi mereka untuk mengharapkan orang lain kerana mereka lah sebenarnya generasi yang diharapkan. Maka azam perlu ditanam, langkah perlu diatur, tindakan perlu di mulakan.Siapa tahu barangkali andalah pelakar sejarah dunia seterusnya.Membentuk arus globalisasi yang baru,yang memenuhi keperluan insani, mengubah islamophobia kepada hegemoni Islam ke alam sarwa jagat, mencabar hegemoni barat yang merosakkan. Baik pemuda hari ini,baik lah generasi akan datang. Insafilah sejarah wahai pemuda..Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula dalam keadaan dagang,ia akan kembali dagang.Beruntunglah orang yang berpegang dengan islam ketika ia dagang.”-hadith riwayat Muslim.



BIBLIOGRAFI
BUKU DAN MAJALAH
Pusat Pengajian Umum UKM,2006,Tamadun Islam dan Tamadun Asia.,FULSON TRADING CO,Selangor.
Fathi Yakan (2002), Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise
Dr. Abdullah Nasih Ulwan (2003), Generasi Muda Islam dsan Cabaran Globalisasi, Kuala Lumpur, YADIM
Sabri Mohamad Sharif,2009,Generasi Ulul Albab Segunung Harapan Seteguh Gagasan ,Karisma Publications
Zaharudin Abd Rahman,Majalah I Bil 81

INTERNET
http://mfrstudio.board-realtors.com/forum.htm
www.agink.com
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/3Muhammad N
www.berita harian.com.myuroddin

0 comments:

Post a Comment