Sejarah Putih Dalam Hidupku

Setiap orang ada pengalaman pahit, pengalaman manis,sejarah hitam , sejarah putih dalam perjalanan hidup masing-masing.Apa yang pasti itu adalah ketetapan dari Allah yang tersembunyi di sebaliknya seribu hikmah bagi yang mahu berfikir.

Begitu juga saya.

Perjalanan hidup yang serselang duka ceria membuatkan hidup saya berwarna.Namun entry kali ini saya lebih suka untuk membicarakan sejarah putih yang menjadi kenangan indah pada saya.

Kenapa?

Supaya saya terus bersemangat untuk melakar sejarah putih untuk Allah,Rasulullah,para sahabat,pembela agama yang bersusah payah mempertahankan kesucian islam sehinggalah dapat saya kecapi sisanya pada hari ini,ayah,umi,diri dan mereka yang banyak berjasa membentuk dan menyokong saya agar penat dan lelah mereka tidak sia-sia.

PASTI

Saya cuba mengimbau kembali sejarah putih yang terlakar ketika saya tidak memahami erti sejarah.Ya,saya mewakili PASTI tempat saya di asuh sebagai tunas Islam dalam pertandingan nasyid kanak-kanak.Ini merupakan rekod paling baik bagi saya seorang kanak-kanak yang sangat pemalu pada waktu kecil.Sungguh terkilan,satu-satunya gambar yang merakamkan kejayaan disana hilang entah ke mana.Hanya tinggal sijil tanpa gambar.
Saya juga masih ingat suatu ketika musim tengkujuh,

Pakcik :anok sapo ni?

Saya :anak ayah(sambil menangis)

haha!saya takkan lupa scene ini dalam hidup saya.
Alkisahnya begini...........
saya menunggu ayah menjemput saya dari PASTI sehinggalah tinggal saya yang belum dijemput.Oleh kerana saya seorang yang pemalu,saya pulang saja sendiri berjalan kaki kerana malu untuk terus berada bersama guru di PASTI tersebut.Konon berdikari.Hinggalah saya tak tahu kemana lagi perlu dituju.oh,tidak.SESAT.Lalu menangis sendiri sambil berjalan sehinggalah ada seorang pakcik mengambil saya pulang kerumahnya.Pakcik itulah yang ketawa bersama isterinya mendengar jawapan bertuah dari saya.
(sejarah putihkah ini?mungkin tidak bagi kedua ibubapa saya =))

SEKOLAH RENDAH

Banyak juga pencapaian hidup saya disini (SRK Mulong 1).Yang paling tidak boleh saya lupa adalah team hoki emas.Kerana hoki mungkin saya di beri anugerah Anugerah Tokoh Ko-Kurikulum.Kerana hoki juga saya selalu dipanggil kehadapan dalam perhimpunan bersama team kerana menang dalam perlawanan.Kerana hoki juga saya hampir ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.Mujurlah ada kakak yang membimbing menguatkan saya untuk berhadapan dengan saranan guru supaya saya ke sana.
Pada awalnya sayalah goal keeper yang paling teruk prestasinya.Wah,tahukah anda suite nya sangat berat.Macam robot bila memakainya..dengan suite itulah saya berlari keliling padang untuk latihan warm up.Bukan sekali.Tanpa jemu Cikgu Amran dan Cikgu Hazani melatih saya dan kawan-kawan.Akhirnya saya hadiahkan cikgu-cikgu performance terbaik dalam pertandingan terakahir.Itulah satu-satunya perlawanan yang saya di beri two thumbs up.Saya pun tidak sedar yang saya sedang buat yang terbaik pada mata cikgu pada waktu itu.Apepun, Terima kasih cikgu.
Dalam taekwando WTF saya hanya mencapai brown belt.teringin nak amik black belt kerana itu saja yang belum saya capai(tapi sbb waktu tu bawah 15 tahun klu exam pun akan dapat red black)tapi keadaan tidak mengizinkan.
Saya tinggalkan SRK Mulong 1 dengan keputusan 4A 1 B.Keputusan yang cukup baik bagi saya seorang budak yang lembap,kampungan pada waktu itu(sekarang pun masih budak kampung).Darjah tiga saya pernah masuk kelas pemulihan kerana 'lampi'nya saya.Namu n.......Alhamdulillah!Saya keluar dengan sejarah putih.

SEKOLAH MENENGAH.

Kakak saya yang senior di MMPKB mengatakan nama saya tidak tersenarai untuk bersekolah di situ.Kecewa.
Rupanya dia hanya berseloroh.Tapi saya tetap kecewa kerana saya di kelas yang paling corot sebelum kelas rayuan.

DI peringkat menengah rendah saya tidak mencipta apa-apa sejarah putih.seingat saya.cuma apa yang paling indah, saya mula mengenali dunia tarbiah di alam sekolah.Mula belajar bekerja untuk islam . Mula mengenal dunia kepimpinan.Itu pun kerana publisiti yang didapati secara tidak sengaja.Biarlah ia rahsia...

Tingkatan empat memerlukan saya untuk menjalani peperiksaan besar.macam spm tapi dalam bidang agama.SMU.Sekolah YIK exam besar tiap-tiap tahun.Tiada istilah honeymoon atau honey year.Masa ni mengafal gila-gila(bagi budak yang rajin la..bukan saya)Waktu tryer serta resultnye antara sejarah hitam dalam hidup saya.Sebab?2M...main-main dan malas!Tetapi peperiksaan sebenar amat mengejutkan saya sehingga saya tertanya-tanya..apa yang telah saya lakukan?Hafal dalam teksi waktu on the way ke sekolah,dihari peperiksaan???oh tidak..saat itu saya amat merasakan rahmat Tuhan.Walaupun tidak mencipta sejarah dalam rekod sekolah,saya mencipta sejarah dalam keluarga.10 agregat!Alhamdulillah.

Dengan kejayaan itu saya mendapat semangat baru.Namun semangat itu ibarat nasi yang kian sejuk dan tidak dipanaskan.Hangat-hangat nasi baru masak.akhirnya SPM berlalu begitu sahaja.Keputusan biasa-biasa.adil dan saksama.4A 4B dan iC bertamu sebagai pengadil.hihi.oh matematik!

STAM di tingkatan 6 Bawah meninggalkan kenangan yang sangat manis kerana jalan tempuhnya yang penuh liku dan ranjaunya.Saya masih ingat bagaimana runsingnya guru-guru dengan keputusan percubaan kami.saya masih saya merayu kepada sahabat saya untuk mengepalai MUMTAZ CAMP kerana dialah satu-satunya yang mumtaz pada waktu itu,saya masih ingat bagaimana kontroversinya MUMTAZ CAMP tersebut,saya masih ingat kami tersengguk-sengguk dalam kelas kerana aktiviti Qiamullail yang disusun setiap malam pada waktu itu,saya masih ingat bagaimana kami bercucuran air mata di saat munajat itu,saya masih ingat wajah-wajah yang berdebar menunggu keputusan dalam dewan FatimatuzZahra' MMPKB pada waktu itu,saya masih ingat bagaimana saya hampir bersalam dengan mudir sewaktu mengambil slip kerana itulah kali pertama saya menaiki pentas untuk mengambil slip keputusan.Allah saja yang tahu perasaan kami pada waktu itu.
Dalam perjalanan pulang senyum saya tidak putus.Tidak sabar memberi hadiah itu pada orangtua.Tidak sabar untuk melihat mereka tersenyum gembira.
Ternyata orangtua saya lebih pakar dalam seni mengukir bunga dihati.Setiap subjek ayah minta sebutkan keputusannya.dan setiap kali saya membacakan keputusannya setiap kali itulah masyaAllah,alhamdulillah keluar dari mulutnya.10 subjek,11 kali diucapkannya.Umi menahan gembira bersama airmata.Umi ,memang begitu.Air mata itulah yang mengajar saya erti rasa.Akhirnya dititipkan doa.Sungguh,saya terlalu gembira dapat menggembirakan mereka sedemikian rupa.Alhamdulillah,saya meninggalkan Maahad juga dengan sejarah putih.

DARUL QURAN
saya belum meninggalkan Darul Quran.BAnyak sejarah tercipta disini putih wa imma hitam.
Peringkat diploma saya berakhir dengan agak hambar akademiknya.Dari sudut lain terlalu banyak untuk dicoretkan disini.Memegang kepimpinan AQRAB 6 sem berturut-turut saya kira itu juga sejarah dalam hidup saya pastinya.Di DQ secara keseluruhannya saya kurang periksa.Yang penting ia terlalu banyak kenangan.Ya..terlalu banyak.Sukar untuk di ungkapkan.
Di peringkat ijazah saya mengatur langkah.
Menjadi generasi al-fatih DQ-USIM,satu sejarah awal yang dicipta.13 Julai menyaksikan hari pendaftaran.Sampai di DQ kami disambut oleh barisan pensyarah di lobi pentadbiran.Macam VIP lagaknya kami semua.Segan,malu semua ada waktu itu.Istimewanya layanan yang diberi.Maklum lah anak sulong.
Tahun pertama rakan-rakan saya mencatat sejarah.tersenarai dalam top-ten student pada semester pertama.Saya?belum lagi..
Semester tiga azam dipasak.semangat dipadu,langkah diatur..dengan lebih kemas.Demi wasilah dakwah.Alhamdulillah berhasil walaupun tidak saya sangka sampai sedemikian rupa.Masih saya ingat waktu itu sedang bersantai-santai di depan laptop dan tv bersama anak-anak saudara tersayang.Keputusan diperiksa secara online.

cgpa 3.6.alhamdulillah ku lafazkan.
cgps ....oh,apakah benar??mata disapu,lengan dicubit,skrin laptop dilihat berkali-kali.3.86!!!
UMIII!!
Umi yang sedang menikmati hidangan enak di dapur lantas ku pelukcium.
Pulang kembali ke skrin laptop.ya..benar.mataku tidak silap lagi!!
UMI!!suap semulut.
Umi berkerut dahi masih terpinga-pinga.Usai menelan..ku ucapkan..TERIMA KASIH UMI!!!
Semua orang di dapur ku peluk cium.lalu saya membuat pengumuman merungkai kekusutan umi dan semua orang disitu yang melihat kelakuan pelik anaknya..TERIMA KASIH-TERIMA KASIH.Dengan ini saya penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan...saya DEKAN!!

Kemudian laptop yang memaparkan keputusan diserbu oleh kakak, dan abang.


TERIMA KASIH ALLAH ATAS KURNIAAN INI. KU MOHON KEKUATAN UNTUK KU TERUSKAN KEJAYAAN INI.KU MOHON PERLINDUNGAN DARI RIYA' DAN UJUB,MOGA-MOGA IA TERUS MENJADI WASILAH DAKWAH KEPADA-MU YA ALLAH!