Ilmuan Haraki Yang Bersifat Murabbi : Dr.Abdullah Nasih Ulwan

Syria yang satu ketika dahulu dikenali sebagai Syam telah mencambahkan ribuan para alim ulama'silam seperti an-Nawawi,Ibnu Taimiyyah dan melahirkan ramai tokoh ilmuan haraki.Mereka bukan sahaja mampu mengajar orang ramai untuk mengenali serta menghayati Islam malah melentur dan mencairkan mereka untuk menjadi muslim yang sebenar disisi Allah.

Antara ribuan tokoh ilmuan itu ialah Dr Abdullah Nasih Ulwan yang tidak dapat dinafikan lagi ketokohannya.Beliau abadikan hidupnya untuk memperjuangkan Islam tanpa menghiraukan fir'aun moden dizamannya iaitu Presidennya,Hafiz Al-asad yang banyak membuatkan hidup ulama dizamannya sengsara.

RIWAYAT HIDUP DAN PENDIDIKAN DR. ABDULLAH
Dilahirkan di Hay Qadi Askar pada tahun 1928 di bandar Halab dalam sebuah keluarga yang amat kuat pegangan kepada ajaran Islam .Nasab keturunannya sampai kepada cucu baginda Rasulullah s.a.w iaitu Ali Zainal Abidin bin Husain Bin Ali Bin Abu Talib.
Mendapat pendidikan awal ditangan ayahandanya yang merupakan seorang yang sangat dihormati kerana lidahnya sentiasa dibasahi zikrullah,ayat-ayat suci al-quran dan doa dan menjadi rujukan orang-orang di bandar Halab terutama tuk rawatan penyakit secara perubatan Islamdengan menggunakan sumber alam semulajadi.
Di peringkat pengajian rendah dan menengah beliau belajar di sekolah yang menyediakan pendidikan syariah Islam di daerah Al-Khosuriah pada 1943.Gurunya adalah para ulama' yang benar-benar ikhlas mencurahkan ilmu pada anak-anak bangsa seperti Syeikh Roghib At-tobakh,Ahmad Assyamma',Abdul Rahmana Zeinal Abidin,Naji Abu Solih,Abdullah Hammad,Said al-Idlabi, Ahmad Izzudin al-Bayanuni, Isa al-Bayanuni dan lain-lain dan Dr. Abdullah sangat terpengaruh dengan Syeikh Roghib Attobakh serta meneladani Dr.Mustafa Assibai dalam bidang ilmu dan harakah.
Pada tahun 1949 setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah ,beliau meneruskan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang usuluddin(1952) kemudian ke peringkat sarjana dan berjaya peroleh ijazah pada 1952.

PENGLIBATAN DALAM GERAKAN PELAJAR DAN IKHWAN MUSLIMIN
Ketika di universiti,Dr.Abdullah aktif dengan kegiatan pelajar.Seringkali beliau dan rakan-rakannya mengundang para penceramah dari pendakwah yang menyertai gerakan ikhwan muslimin untuk memberi tarbiah rohani,pemikiran dan persediaan untuk mendokong tugas-tugas meneruskan perjuangan Islam.Gerakan ini telah melahirkan generasi terpelajar yang mengimpikan syariah Islam berdaulat secara syumul.Kelompok ini senantiasa menjadi perhatian dan dibawah pengawasan pihak penguasa Mesir.

Pada 1954,Presiden Abdel Naser menggulingkan Muhammad Naquib dan memulakan siri penangkapan terhadap ahli ikhwan secara besarbesaran lantaran takut terancam.Antara mereka yang ditangkap termasuklah Dr. Abdullah Nasih Ulwan yang masih belajar di peringkat doktor falsafah pada ketika itu dan masih belum menyelesaikan beberapa bab dalam tesisnya.Beliau kemudian dihantar pulang ke syria tanpa sempat menyelesaikan pengajiannnya di peringkat Ph.D tersebut.Namun beliau berjaya menghabiskannya di Universiti Alsind ,Pakistan dengan tajuk tesis Fiqh Dakwah dan Pendakwah pada 80-an.Beliau berusaha dengan gigih kerana minatnya yang mendalan dalam bidang ilmu apatah lagi sebagai pimpinan gerakan Islam yang sentiasa dilibatkan dalam program-program Ilmu untuk membina kefahaman ahli.Ketika di Mesirlah beliau menimba pengalaman dan belajar bagaimana untuk menguruskan para pendokong Islam dan memanfaatkan pengalamannya itu secara maksima di Syria.

KERJAYA SEBAGAI PENDIDIK DAN PENDAKWAH
Setelah dihantar pulang ,beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru bagi subjek pendidikan Islam peringkat sekolah menengah di Halab iaitu pada 1954,kerana pada ketika itu pengajian lain seperti syariah dan usuluddin belum diperkenalkan,disitulah beliau menekankan peri penting kehidupan berteraskan kepada Islam dalam segenap agenda harian dalam kehidupan.

Masyarakat Syria pada ketika itu di semua peringkat lapisannya hidup dalam fahaman atheisme atau kebangsaan yang amat kuat sekali.Dari satu sudut ia agak sukar ditangani namun dengan pengalaman dan bantuan rakan-rakan ikhwan beliau berjaya mendidik masyarakat kembali kepada pemikiran Islam tulen.

Pendekatan yang digunakan dalam penyampaian subjek "Tarbiyah Islam" amat berkesan dan mempengaruhi kejiwaan anak muda syria.Dari situ beliau mendapat ilham menerbitkan 'Tarbiatul Aulad Fil Islam' yang menjadi rujukan mengenai pendidikan ISlam dari peringkat akar umbi lagi.Karyanya ini diterjemahkan dalam banyak bahasa termasuklah bahasa melayu yang dijadikan rujukan penting dalam mendidik anak-anak.

Menurut Dr. Abdullah,beliau menghasilkan karya ini bagi mengisi perpustakaan islam dengan tulisan yang berkaitan pendidikan Islam bagi kanak-kanak yang memang sangat jarang dibahaskan dengan terperinci sedangkan Islam telah menggariskan dengan lengkap tentang pembinaan anak-anak mengikut acuannya yang sempurna.

Sesungguhnya seluruh kehidupan Dr. Abdullah dihabiskan untuk mendaulatkan Islam samada dengan mengajar,mendidik golongan remaja,menulis karya-karya agung dengan pelbagai tajuk,memberi ceramah motivasi,forum,malah menurut rakan-rakan seperjuangan beliau,Dr. Abdullah tidak akan menghampakan masyarakat untuk berdakwah kerana bidang ini telah menjadi sebahagian dari darah dagingnya.

Al-marhum terlalu mengambil berat soal pembinaan kader-kader dakwah daripada kelompok anak muda dan sentiasa berusaha untuk hadir dalam program yang diundang oleh anak muda.Beliau juga sanggup merantau dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapatkan kata sepakat ulama' dalam sesuatu perkara.Rumahnya dijadikan pusat gerakan dan tempat berkumpul kawan2 dan gurunya.

Kuasa Allah menentukan segalanya,pada jam 9.30 pagi,Sabtu,5 Muharam 1408 bersamaan 29 ogos 1987,Dr. Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Raja Abdul Aziz setelah mengalami sakit kronik dalam darah selama tiga tahun dan jenazahnya disembahyangkan keesokan harinya di Masjid al-Haram yang disertai ratusan para ulama',pendakwah,rakan,pelajar dan golongan remaja.

Semoga Allah merahmati rohnya....Al-Fatihah.