Empayar Abbasiyyah Kemuncak dan KejatuhanTamadun Islam

SEJARAH KEMUNCULAN BANI ABBASIYAH

Empayar Abbasiyah bertitik tolak dari usaha Muhammad Bin Ali (cicit Saidina Abbas) berusaha mengembalikan semula pemerintahan Islam kepada keluarga Bani Hasyim.Usaha itu bermula semasa pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz (99 hingga 102 H/717 hingga 720 M)dan sampai ke kemuncaknya pada masa pemerintahan Khalifah MarwanII(127 hingga 133H/744 hingga 750 M).Akhirnya Abu Abbas al-Saffah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyyah lalu dilantik menjadi khalifah.

PERKEMBANGAN PESAT ILMU PENGETAHUAN
Zaman Abbasiyah adalah zaman kemuncak Tamadun Islam .Pada zaman tersebut ilmu pengetahuan berkembang pesat .Antara usaha yang dilakukan pada masa itu untuk mengembangkan ilmu ialah menterjemahkan karya-karya yunani,parsi dan hindi kedalam bahasa arab.Pada masa ini juga lahir cendikiawan islam yang terkenal seperti Ibnu Sina,Al-Khindi,Al-Farabi dan ramai lagi.

Dalam bidang ekonomi, muncul al-fazari.Di eropah beliau dikenali dengan nama Al-Faragnus.Beliau menulis buku astronomi yang diterjemahkan ke Bahasa Latin oleh Gerard Gremona dan Johannes Hispalensis.

Dalam bidan kedoktoran pula lahir al-Razi dan Ibn Sina.Al-Razi adalah tokoh pertama yang dapat mengenali penyakit cacar.Ibnu Sina pula berjaya dengan penemuannya berkenaan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.Antara karyanya adalah Qonuun Fi Thibb yang merupakan ensiklopedia kedoktoran.

Dalam bidang optik pula muncul Abu Ali al-Hasan Ibn Al-Haitami.Di Eropah beliau dikenal dengan nama Al-Hazen.Teori beliau mengatakan benda yang mengirim cahaya kepada mata bukan mata yang mengirim cahaya kepada benda,kini terbukti kebenarannya.

Jabir ibnu Hayyan pula terkenal dalam bidang kimia.Beliau berpendapat logam seperti timah,besi dan tembaga dapat diubah menjadi emas ataupun perak dengan mencampurkan suatu zat tertentu.

Dalam bidang matematik pula muncul Muhammad bin Musa al-Khawarizmi,yang juga mahir dalam ilmu astronomi.Meliau mencipta ilmu aljebra.Nama itu berasal dari bukunya iaitu al-jabr wa al-muqoibalah.

Dalam bidang sejarah pula muncul tokohsejarah seperti al-Mas'udi.Beliau juga ahli dalam bidang astronomi.Antara karyanya adalah Muuruj al-Zahab wa Ma'aadzin al-Jawahir.

Dalam bidang falsafah juga tidak kurang juga hebatnya.Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti al-Farabi,Ibn Sina dan Ibn Rusyd.Al-Farabi banyak menulis buku falsafah,ilmu logik,ilmu jiwa dan kenegaraan. Ibnu Sina pula mengarang buku berkenaan falsafah yang terkenal iaitu al-Syifa'.

Dalam bidang agama pula muncul Imam Abu hanifah(Mazhab Hanafi 700 hingga 767M)Imam Malik (Mazhab Maliki 713 hingga 795M)Imam Syafei(mazhab Syafei 767 hingga 820 M) dan Imam Ahmad ibn Hanbal(Nazhab Hanbali 780 hingga 855M).

Semasa tentera Monggol menakluk Baghdad,ramai ulama dan cendikiawan Islam di bunuh.Kitab-kitab dibakar dan dibuang ke dalam Sungai Dajlah sehingga air sungai itu berwarna hitam.Semua kemajuan yang dibangunkan oleh Bani Abbasiyah lenyap.Semenjak itu, bermulalah zaman kemunduran umat islam.

Yang saya lemah...1

632 M : Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspidisi ke Syria untuk kempen menentang Bani Tamim dan Musailamah Al-Kazzab.

633 M : Pengumpulan Al-Quran bermula

634 M : Kewafatan Saidina Abu Bakar.Saidina Umar dilantik menjadi khalifah.Penaklukan Damsyik

645 M : Penawanan Madain

636 M : Penaklukan Syria,Mesopatamia,dan Palestin

637 M : Mesir ditawan

638 M : Penawanan BaitulMaqdis oleh tentera Islam

640 M : Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam

644 M : Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh.Saidina Uthman menjadi khalifah

645 M : Kempen di Afrika utara.Cyprus ditakluk

646 M : Kempen menentang Byzantine

647 M : Perang di laut menentang angkatan laut Byzantyne.Empayar Parsi ditumpaskan

648 M : Pemberontakan menentang Saidina Uthman

656 M : Saidina Uthman wafat akibat dibunuh.Saidina Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah.terjadinya Perang Jamal

657 M : Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan dari Madinah ke Kufah

659 M : Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.Muawiyah mengishtihar dirinya sebagai khalifah Damsyik.

661 M : Saidina Ali Wafat.Tamatnya pemerintahan khulafa ar-rasyidin.Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Umayyah.

Inilah yang saya lemah...
mengngati fakta sejarah yang melibatkan angka....jadi saya mengambil jalan post disini agar dapat membantu sedikit sebanyak saya mengatasinya...
Untuk saya hadam....KRONOLOGI KHULAFA-ARRASYIDIN..
moga bermanfaat tuk semua juga..Bagi yang 'sepesen' dengan saya..mg artikel ini membantu anda!

Ilmuan Haraki Yang Bersifat Murabbi : Dr.Abdullah Nasih Ulwan

Syria yang satu ketika dahulu dikenali sebagai Syam telah mencambahkan ribuan para alim ulama'silam seperti an-Nawawi,Ibnu Taimiyyah dan melahirkan ramai tokoh ilmuan haraki.Mereka bukan sahaja mampu mengajar orang ramai untuk mengenali serta menghayati Islam malah melentur dan mencairkan mereka untuk menjadi muslim yang sebenar disisi Allah.

Antara ribuan tokoh ilmuan itu ialah Dr Abdullah Nasih Ulwan yang tidak dapat dinafikan lagi ketokohannya.Beliau abadikan hidupnya untuk memperjuangkan Islam tanpa menghiraukan fir'aun moden dizamannya iaitu Presidennya,Hafiz Al-asad yang banyak membuatkan hidup ulama dizamannya sengsara.

RIWAYAT HIDUP DAN PENDIDIKAN DR. ABDULLAH
Dilahirkan di Hay Qadi Askar pada tahun 1928 di bandar Halab dalam sebuah keluarga yang amat kuat pegangan kepada ajaran Islam .Nasab keturunannya sampai kepada cucu baginda Rasulullah s.a.w iaitu Ali Zainal Abidin bin Husain Bin Ali Bin Abu Talib.
Mendapat pendidikan awal ditangan ayahandanya yang merupakan seorang yang sangat dihormati kerana lidahnya sentiasa dibasahi zikrullah,ayat-ayat suci al-quran dan doa dan menjadi rujukan orang-orang di bandar Halab terutama tuk rawatan penyakit secara perubatan Islamdengan menggunakan sumber alam semulajadi.
Di peringkat pengajian rendah dan menengah beliau belajar di sekolah yang menyediakan pendidikan syariah Islam di daerah Al-Khosuriah pada 1943.Gurunya adalah para ulama' yang benar-benar ikhlas mencurahkan ilmu pada anak-anak bangsa seperti Syeikh Roghib At-tobakh,Ahmad Assyamma',Abdul Rahmana Zeinal Abidin,Naji Abu Solih,Abdullah Hammad,Said al-Idlabi, Ahmad Izzudin al-Bayanuni, Isa al-Bayanuni dan lain-lain dan Dr. Abdullah sangat terpengaruh dengan Syeikh Roghib Attobakh serta meneladani Dr.Mustafa Assibai dalam bidang ilmu dan harakah.
Pada tahun 1949 setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah ,beliau meneruskan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang usuluddin(1952) kemudian ke peringkat sarjana dan berjaya peroleh ijazah pada 1952.

PENGLIBATAN DALAM GERAKAN PELAJAR DAN IKHWAN MUSLIMIN
Ketika di universiti,Dr.Abdullah aktif dengan kegiatan pelajar.Seringkali beliau dan rakan-rakannya mengundang para penceramah dari pendakwah yang menyertai gerakan ikhwan muslimin untuk memberi tarbiah rohani,pemikiran dan persediaan untuk mendokong tugas-tugas meneruskan perjuangan Islam.Gerakan ini telah melahirkan generasi terpelajar yang mengimpikan syariah Islam berdaulat secara syumul.Kelompok ini senantiasa menjadi perhatian dan dibawah pengawasan pihak penguasa Mesir.

Pada 1954,Presiden Abdel Naser menggulingkan Muhammad Naquib dan memulakan siri penangkapan terhadap ahli ikhwan secara besarbesaran lantaran takut terancam.Antara mereka yang ditangkap termasuklah Dr. Abdullah Nasih Ulwan yang masih belajar di peringkat doktor falsafah pada ketika itu dan masih belum menyelesaikan beberapa bab dalam tesisnya.Beliau kemudian dihantar pulang ke syria tanpa sempat menyelesaikan pengajiannnya di peringkat Ph.D tersebut.Namun beliau berjaya menghabiskannya di Universiti Alsind ,Pakistan dengan tajuk tesis Fiqh Dakwah dan Pendakwah pada 80-an.Beliau berusaha dengan gigih kerana minatnya yang mendalan dalam bidang ilmu apatah lagi sebagai pimpinan gerakan Islam yang sentiasa dilibatkan dalam program-program Ilmu untuk membina kefahaman ahli.Ketika di Mesirlah beliau menimba pengalaman dan belajar bagaimana untuk menguruskan para pendokong Islam dan memanfaatkan pengalamannya itu secara maksima di Syria.

KERJAYA SEBAGAI PENDIDIK DAN PENDAKWAH
Setelah dihantar pulang ,beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru bagi subjek pendidikan Islam peringkat sekolah menengah di Halab iaitu pada 1954,kerana pada ketika itu pengajian lain seperti syariah dan usuluddin belum diperkenalkan,disitulah beliau menekankan peri penting kehidupan berteraskan kepada Islam dalam segenap agenda harian dalam kehidupan.

Masyarakat Syria pada ketika itu di semua peringkat lapisannya hidup dalam fahaman atheisme atau kebangsaan yang amat kuat sekali.Dari satu sudut ia agak sukar ditangani namun dengan pengalaman dan bantuan rakan-rakan ikhwan beliau berjaya mendidik masyarakat kembali kepada pemikiran Islam tulen.

Pendekatan yang digunakan dalam penyampaian subjek "Tarbiyah Islam" amat berkesan dan mempengaruhi kejiwaan anak muda syria.Dari situ beliau mendapat ilham menerbitkan 'Tarbiatul Aulad Fil Islam' yang menjadi rujukan mengenai pendidikan ISlam dari peringkat akar umbi lagi.Karyanya ini diterjemahkan dalam banyak bahasa termasuklah bahasa melayu yang dijadikan rujukan penting dalam mendidik anak-anak.

Menurut Dr. Abdullah,beliau menghasilkan karya ini bagi mengisi perpustakaan islam dengan tulisan yang berkaitan pendidikan Islam bagi kanak-kanak yang memang sangat jarang dibahaskan dengan terperinci sedangkan Islam telah menggariskan dengan lengkap tentang pembinaan anak-anak mengikut acuannya yang sempurna.

Sesungguhnya seluruh kehidupan Dr. Abdullah dihabiskan untuk mendaulatkan Islam samada dengan mengajar,mendidik golongan remaja,menulis karya-karya agung dengan pelbagai tajuk,memberi ceramah motivasi,forum,malah menurut rakan-rakan seperjuangan beliau,Dr. Abdullah tidak akan menghampakan masyarakat untuk berdakwah kerana bidang ini telah menjadi sebahagian dari darah dagingnya.

Al-marhum terlalu mengambil berat soal pembinaan kader-kader dakwah daripada kelompok anak muda dan sentiasa berusaha untuk hadir dalam program yang diundang oleh anak muda.Beliau juga sanggup merantau dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapatkan kata sepakat ulama' dalam sesuatu perkara.Rumahnya dijadikan pusat gerakan dan tempat berkumpul kawan2 dan gurunya.

Kuasa Allah menentukan segalanya,pada jam 9.30 pagi,Sabtu,5 Muharam 1408 bersamaan 29 ogos 1987,Dr. Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Raja Abdul Aziz setelah mengalami sakit kronik dalam darah selama tiga tahun dan jenazahnya disembahyangkan keesokan harinya di Masjid al-Haram yang disertai ratusan para ulama',pendakwah,rakan,pelajar dan golongan remaja.

Semoga Allah merahmati rohnya....Al-Fatihah.

SIRAH : Sumber ketepatan dalam Pentafsiran

Antara tujuan mempelajari sirah nabi s.a.w itu ialah memahami dan menikmati roh al-quran.Tidak cukup dengan menguasai bahasa Al-Quran sahaja kerana Allah menurunkan wahyuNya itu melalui utusanNya iaitu Nabi s.a.w yang menerangkan kepada manusia sebagai pentafsir yang yang paling sempurna.

Contoh yang paling mudah,SOLAT.
Didalam al-Quran diterangkan bahawasanya kita disuruh solat..tetapi bagaimana?tiada diterangkan…maka Rasulullah menyuruh kita solat sebagaimana dia solat.Bagaimana caranya Rasulullah solat?..maka sirahlah rujukannya.

Begitu banyak ayat-ayat al-quran yang hanya dapat ditafsirkan dan dijelaskan dengan isu-isu dan situasi yang berlaku di zaman Rasulullah terutamanya sikap dan pendirian nabi s.a.w Oleh kerana segala tindak tanduk serta sikap dan pendirian nabi s.a.w terhadap sesuatu isu dan situasi itu adalah tafsir yang sebenar untuk dirujuk oleh para sahabat dan umat Muhammad umumnya.,maka adlah sukar bagi seseorang untuk memahami al-quran itu sekiranya mereka tidak mempelajari sirah Rasul s.a.w..meskipun mereka menguasai bahasa arab!

Contoh lain misalnya tentang kewajipan bermesyuarat.Dalam al-Quran surah assyura ayat 38 ,disebut tentang keperluan mesyuarat,begitu juga dalam surah al-imran ayat 159 juga disebut tentang kewajipan mesyuarat.Tetapi bagaimana kaedah mesyuarat yang dikehendaki oleh Allah s.w.t..sedang al-quran tidak menerangkan kaedah atau teknik mesyuarat itu dilaksanakan.
Justeru,lihatlah bagaimana nabi s.a.w mengadakan mesyuarat kerana banyak contoh yang menunjukkan dengan jelas bagaimana nabi Muhammad bermesyuarat. Bermesyuarat itu biasanya untuk mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara,misalnya dalam hal-hal peperangan dan lain-lain urusan duniawi seperti politik,ekonomi,kemasyarakatan dan lain-lainnya.

Apakah keperluan yang perlu ada dalam satu mesyuarat?

Dalam al-quran tidak disebut tentang peranan pengerusi yang akan mengendalikan mesyuarat.Tetapi nabi s.a.w telah menunjukkan melalui sunnahnya bahawa baginda sendiri mengendalikan mesyuarat.Malah apabila dua org bermusafir,Nabi s,a,w mengarahkan supaya dilantik ketua. Maka ketua itu mengendalikan perbincangan antara dua musafir dan keputusannya dipatuhi bersama.

Dalam urusan politik mengikut system moden, bagi mendapatkan sesuatu keputusan muktamad di kalangan rakyat, maka system pilihanraya telah diperkenalkan supaya individu dapat menyatakan pendirian mereka.

Terdapat beberapa sanggahan dikalangan umat Islam yang mengatakan bahawa pilihanraya itu adalah kaedah yang diketengahkan oleh orang kafir,sedangkan di zaman Nabi s.a.w tiada pilihanraya.Inilah satu kenyataan yang lahir dari sikap gopoh,tidak boleh melihat sesuatu yang baru lantas mereka menolaknya atas alasan tidak wujud dizaman Nabi s.a.w.

Sesungguhnya pilihanraya itu juga adalah satu kaedah bermesyuarat.jika ahli mesyuarat tidak begitu ramai bolehlah dilakukan dalam satu majlis,segala permasalahan boleh dibahas bersama dan kemudiannya pendapat ahli bleh disimpul dengan mengangkat tangan atau menggunakan kertas undi. Tetapi bagaimana sebuah negara yang penduduknya berpuluh juta?Tidak mungkin ia boleh diadakan dalam satu mesyuarat.

Jesteru itu system pilihanraya itu diwujudkan sebagai suatu kaedah mesyuarat bagi mancapai satu keputusan di mana semua orang dapat menyertainya dengan menyatakan pendirian mereka melalui kertas undi.Itulah hikmahnya al-Quran tidak menetapkan cara mesyuarat dilaksanakan.,tetapi suruhan bermesyuarat itu termaktub dalam al-QURAN.

Setiap ayat al-Quran yang turun kepada Rasulullah ada kisahnya tersendiri.Maka untuk memahami mengapa,kepada siapa,bagaimana menggunakannya dalam situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian kita….semua itu memerlukan kefaham dan pengetahuan mendalam tentang SiRAH NABI.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu…”

-Surah Al-Ahzab:ayat 21-

Maka,
Ayuh sahabat kita dalami sirah!

Wallahuaklam.

KASIH PENGHULU UMMAH

KASIH PENGHULU UMMAH

Nabi Muhammad mempunyai tubuh yang sempurna sesuai dengan diri seorg pahlawan.
Badannya tegap
Rupa paras kacak
Menggerunkan sesiapa yang memandangnya namun sikap dan perilakunya mengubah persepsi.Ali bin Abdul Mutalib,sepupunya pernah berkata, “pertama kali orang melihat wajah Nabi Muhammad,pasti orang itu berasa gerund dan takut kerana kehebatan wajahnya.Namun jika orang itu tinggal lama dengan Nabi Muhammad,orang itu akan berasa kasih dan saying padanya.
Ibnu Mas’ud melaporkan ada seorang lelaki yang dibawa ke hadapan Nabi Muhammmad pada hari Pembukaan Kota Makkah.Lelaki itu berbicara ketakutan dan dengan tubuh yang gementar.Nabi Muhammad berkata kepadanya, “Tenanglah hatimu dan hentikan rasa gementar itu. Aku ini bukan raja, tetapi aku ini hanya anak daripada seorang wanita quraisy yang biasa makan daging kering”.

Kasih sayangnya bukan sahaja kepada kanak-kanak yang gemar bermain dengannya tetapi juga kepada makhluk-makhluk Allah yang lain.

KASIHNYA PADA BINATANG
Pernah suatu masa, ada kucing tidur di atas kainnya.Oleh kerana Nabi Muhammad perlu menggunakan kain itu,beliau menggunting kain itu tanpa mengejutkan si kucing yang sedang lena tidur.

Nabi juga kasihkan kambing.
Apabila nabi sedang makan kurma.tangan kanannya memegang buah untuknya manakala tangan kirinya pula diletakkan buah kurma muda untuk dimakan oleh kambing itu.

Nabi melarang orang menyembelih binatang yang banyak susu kerana susu banyak manfaatnya juga pada manusia.

Semasa dalam perjalan Fathu Makkah , tentera –tentera Islam berselisih dengan seekor ibu anjing yang sedang menyusukan anaknya.Nabi Muhammad mengarahkan salah seorang anggota tenteranya menjaga anjing itu supaya tidak diganggu oleh tentera lain.Kasihnya baginda pada binatang walau ketika melaksanakan misi penting menjadikan baginda begitu teliti dan cermat.

Salah seorang sahabat baginda mengambil dua ekor anak burung dari sarangnya. Ibu burung itu terbang melayang-layang atas kepala sahabat itu dan berbunyi…seolah-olah marah dengan kelakuan sahabat itu.Apabila Nabi Muhammad tahu..baginda segera mengarahkan sahabat meulangkan anak burung itu ke sarangnya.

Nabi Muhammad juga pernah berkata, “jika kamu mengenderai binatang ,tunaikanlah hak binatang itu.Jangan memperlakukan haiwan itu seperti syaitan”
Banginda juga berpesan..”Allah melaknat orang yang memotong anggota badan haiwan,sedangkan haiwan itu masih bernyawa.Baginda melarang melaga-lagakan binatang dan membuat tanda pada muka binatang peliharaan serta memukulnya di bahagian muka.Baginda juga marah orang mengkasi atau memandulkan haiwan hanya kerana tidak mahu haiwan itu beranak.
Apabila hendak menyembelih binatang, nabi Muhammad menyuruh melakukannya dengan baik dan jangan zalimi binatang itu.Gunakan pisau tajam supaya segera mati.

KASIHNYA PADA MANUSIA
Apabila bertemu orang lain,beliau terlebih dahulu memberi salam dan menghulurkan tangan.Tangannya tidak dilepaskan sehingga orang itu menarik tanganya.

Pada suatu ketika,nabi Muhammad berjiran dengan salah seorang wanita bukan Islam.Wanita itu sangat benci kepada nabi.Hampir setiap kali wanita itu melontarkan kotoran kepada nabi bila melalui jalan yang berhampiran rumahnya untuk kemasjid.

Suatu hari wanita itu jatuh sakit.

Apabila mengetahui keadaan wanita itudaripada jiran-jiran,nabi meminta isterinya menyediakan makanan dan buahan.Nabi membawa ke rumah perempuan tersebut.
Selepas mendapat keizinan, Nabi masuk mebawa buah tangan yang dibawa kepada wanita tersebut yang terlantar keseorangan

“Engkau rupanya”.wanita itu terperanjat apabila melihat yang datang adalah nabi yang selalu disakitinya.Wanita itu teresak-esak mengenangkan kebaikan nabimuhammad.
Nabi meminta wanita itu bersabar dan bertenang.Kemudian nabi pun pulang.Baginda terus melawat wanita itu sehingga sembuh…dan kasih saying baginda ini melembutkan hati wanita tersebut utnuk menerima Islam.

KASIHNYA PADA ALLAH
Mengatasi segalanya……

Kita bagaimana?

WHY I LOVE HISTORY

Sejarah memberi saya input yang menarik dan sangat berguna untuk bercerita dan menjadi panduan

Sejarah memudahkan saya memahami erti dan perjalanan hidup

Sejarah menjadi booster untuk saya MELAKAR SEJARAH.

There are WHY I LOVE HISTORY !

Anda bagaimana?

Kini saya bermula...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Setelah sekian lama baru tercapai hajat tuk menarikan jari mencoret idea di alam maya ni..dah lama saya memendam rasa..setiap kali bila bila melihat teman-teman giat mengeksploitasi alam maya ini untuk seru yang baik,suruh yang ma'ruf,cegah yang mungkar melalui blog masing-masing..tiap kali itulah hati ini terdetik...
"bila agaknya aku nak bleh mula..."
saya cuba berkira-kira untuk memulakan langkah..tapi tak mula2 juga..
"fatimah,awak tak de blog ke?awakkan suke menulis.."tanya seorang teman(ye ke?hm...menulis dalam minda banyakla..huhu.mungkin kenyataan ini dikeluarkan kerana artikel dalam UTTM,buletin keluaran aqrab. )
"along,bila nak wat blog?"duga seorang adik..
"long,bila lagi nak stat?"..tanya lagi seorang adik
...nantilah...itulah jawapan saya setiap kali
Dek kerana keadaan dan kekangan waktu yang tidak mengizinkan...ditambah pula dengan kejahilan..membuatkan saya terpaksa menangguhkan hasrat sehinggalah tertunainya hasrat itu hari ini.
sebelum ni dah cube buat...tapi last2 tak ingat dah nak buka camne..huhu..mcm lawak pun ada..maklumlah buat dalam keadaan kebingungan dan memandai...mana tak nya..
tapi hari ini saya jelas dengan misi saya...saya cuba lagi dengan tunjuk ajar dari azma dan ude fatimah..terime kasih tuk mereka berdua
Infiniti kesyukuran saya panjatkan ke hadrat ILAHI kerana membri keizinan pada saya untuk memulakan langkah.Terima Kasih Tuhanku.Memangnya kasih sayang Allah amat luas.Saya saja yang jarang menghargainya.teruk betul.
Apepun ..
Kini saya bermula....