Tak Perlu Menuggu Imam Mahdi Untuk Menang


"Along,banyaknye buku...kongsi-kongsikanlah dalam blog tu..teringinnya nak bedah buku bersama.."kata adik saya..aniq hana' ketika membuat lawatan sambil berehat ke dq untuk menghadiri majlis khatam adiknya,asyaraf,persijilan Darul Quran.
Tahniah untuk adiknya yang berjaya meraih anugerah pelajar terbaik bg lelaki atau dikenali disini dengan 'banin'.

Maka saya kira..itu adalah nasihat bagi saya yang patut dilaksanakan.Jadi kali ini saya memulakan perkongsian saya dengan anda.Buku ini adalah buku kesayangan saya kerana isinya yang sememangnya memperihalkan perkara yang saya minati dan sangat ingin tahu.Buku ini ditulis oleh Dr.Muhammad Abdah dan diterbitkan Al-Muntada Al-Islami-salah satu institusi dakwah paling terkemuka di London.Buku ini adalah terjemahan penterjemah indonesia.Agak pening saya pada peringkat awal membacanya.Namun itu takkan dijadikan halangan untuk saya meneroka buku ini.
Melalui buku ini penulis membuat analogi dan perbandingan langsung terhadap momen-momen(peristiwa)penting masa lalu dengan realiti sekarang untuk membuktikan hipotesis"perulangan sejarah" yang beliau kemukakan dalam pengantar buku ini.Buku ini membangkitan kesedaran dengan melihat kepada akar sejarah permusuhan terhadap umat islam dengan tajuk AKANKAH SEJARAH TERULANG?

Tentera Salib kembali..namun dengan wajah yang berbeza.

Pascaperistiwa 11 Septembar,dengan dalih memerangi terorisme,mantan presiden Amerika Syarikat pernah mendeklarasikan,"this Crusade,this war on terrorism is going to take a while..".Ungkapan ini tidak menunjukkan Bush tersalah cakap tetapi sedang mengungkapkan minda bawah sedarnya.Kalaupun ia menyatakan satu kesilapan,perilaku mereka dan pengikut mereka membuktikan pernyataan itu adalah dengan niat dan matlamat yang jelas.

Kekalahan dalam Perang Salib(Crusade)merupakan pukulan yang sangat berat yang diterima Barat dari kaum muslimin.Meskipun mereka telah menghimpun segala kekuatan yang dimilikinya dan berjaya menduduki Al-Quds(Jerusalem) selama sekitar 88 tahun(1099-1187),pasukan Salib akhirnya dinyahkan dari dunia Islam oleh kekuatan tentera muslimin pimpinan Salahuddin Al-Ayubi.Memori ini yang masih terus terpelihara di mata musuh-musuh Islam dan melandasi sikap mereka.

Tidak peliklah bilamana General Geraud datang ke Syria,setelah Pernacis merebut Syria dari tangan Turki Uthmaniah,dia memasuki Masjid Umayyah di Damaskus dan menendang makam Salahuddin Al-Ayubi sambil berteriak,"Saladin,bangun!Kami kembali!"(Cerita ini oleh Adian Husaini dalam bukunya Wajah Peradaban Barat dari Serge Latouche,:The Westernization of The World(Cambridge:Polity,1996,hlmn 5)
Kalau sampai begitu sekali hal mereka,lantas bagaimana kita umat ISlam?Sebagai insan yang beriman dengan pesan Ilahi dalam surah Al-baqarah ayat 120!


Kemenangan generasi Salahuddin tentunya tidak hadir begitu sahaja atau tiba-tiba.Berbagai persiapan dan perubahan yang dibuat dalam banyak perkara.Perkara yang serupa dengan apa yang terjadi pada umat Islam masa kini, termasuk hal kemunduran umat ISlam sebelumnya.

Umat Islam perlu kembali berfikir bagaimana mengembalikan peranan sejarah yang telah dimainkan pada masa-masa silam.Bagaimana kebangkitan terjadi?darimana dimulai?bagaimana kebangkitan muncul,hilang,dan muncul kembali dengan lebih kuat?
Jawapannya dalam buku ini..yang insyaAllah saya akan kongsikan bersama anda di lain masa.