SIRAH : Sumber ketepatan dalam Pentafsiran

Antara tujuan mempelajari sirah nabi s.a.w itu ialah memahami dan menikmati roh al-quran.Tidak cukup dengan menguasai bahasa Al-Quran sahaja kerana Allah menurunkan wahyuNya itu melalui utusanNya iaitu Nabi s.a.w yang menerangkan kepada manusia sebagai pentafsir yang yang paling sempurna.

Contoh yang paling mudah,SOLAT.
Didalam al-Quran diterangkan bahawasanya kita disuruh solat..tetapi bagaimana?tiada diterangkan…maka Rasulullah menyuruh kita solat sebagaimana dia solat.Bagaimana caranya Rasulullah solat?..maka sirahlah rujukannya.

Begitu banyak ayat-ayat al-quran yang hanya dapat ditafsirkan dan dijelaskan dengan isu-isu dan situasi yang berlaku di zaman Rasulullah terutamanya sikap dan pendirian nabi s.a.w Oleh kerana segala tindak tanduk serta sikap dan pendirian nabi s.a.w terhadap sesuatu isu dan situasi itu adalah tafsir yang sebenar untuk dirujuk oleh para sahabat dan umat Muhammad umumnya.,maka adlah sukar bagi seseorang untuk memahami al-quran itu sekiranya mereka tidak mempelajari sirah Rasul s.a.w..meskipun mereka menguasai bahasa arab!

Contoh lain misalnya tentang kewajipan bermesyuarat.Dalam al-Quran surah assyura ayat 38 ,disebut tentang keperluan mesyuarat,begitu juga dalam surah al-imran ayat 159 juga disebut tentang kewajipan mesyuarat.Tetapi bagaimana kaedah mesyuarat yang dikehendaki oleh Allah s.w.t..sedang al-quran tidak menerangkan kaedah atau teknik mesyuarat itu dilaksanakan.
Justeru,lihatlah bagaimana nabi s.a.w mengadakan mesyuarat kerana banyak contoh yang menunjukkan dengan jelas bagaimana nabi Muhammad bermesyuarat. Bermesyuarat itu biasanya untuk mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara,misalnya dalam hal-hal peperangan dan lain-lain urusan duniawi seperti politik,ekonomi,kemasyarakatan dan lain-lainnya.

Apakah keperluan yang perlu ada dalam satu mesyuarat?

Dalam al-quran tidak disebut tentang peranan pengerusi yang akan mengendalikan mesyuarat.Tetapi nabi s.a.w telah menunjukkan melalui sunnahnya bahawa baginda sendiri mengendalikan mesyuarat.Malah apabila dua org bermusafir,Nabi s,a,w mengarahkan supaya dilantik ketua. Maka ketua itu mengendalikan perbincangan antara dua musafir dan keputusannya dipatuhi bersama.

Dalam urusan politik mengikut system moden, bagi mendapatkan sesuatu keputusan muktamad di kalangan rakyat, maka system pilihanraya telah diperkenalkan supaya individu dapat menyatakan pendirian mereka.

Terdapat beberapa sanggahan dikalangan umat Islam yang mengatakan bahawa pilihanraya itu adalah kaedah yang diketengahkan oleh orang kafir,sedangkan di zaman Nabi s.a.w tiada pilihanraya.Inilah satu kenyataan yang lahir dari sikap gopoh,tidak boleh melihat sesuatu yang baru lantas mereka menolaknya atas alasan tidak wujud dizaman Nabi s.a.w.

Sesungguhnya pilihanraya itu juga adalah satu kaedah bermesyuarat.jika ahli mesyuarat tidak begitu ramai bolehlah dilakukan dalam satu majlis,segala permasalahan boleh dibahas bersama dan kemudiannya pendapat ahli bleh disimpul dengan mengangkat tangan atau menggunakan kertas undi. Tetapi bagaimana sebuah negara yang penduduknya berpuluh juta?Tidak mungkin ia boleh diadakan dalam satu mesyuarat.

Jesteru itu system pilihanraya itu diwujudkan sebagai suatu kaedah mesyuarat bagi mancapai satu keputusan di mana semua orang dapat menyertainya dengan menyatakan pendirian mereka melalui kertas undi.Itulah hikmahnya al-Quran tidak menetapkan cara mesyuarat dilaksanakan.,tetapi suruhan bermesyuarat itu termaktub dalam al-QURAN.

Setiap ayat al-Quran yang turun kepada Rasulullah ada kisahnya tersendiri.Maka untuk memahami mengapa,kepada siapa,bagaimana menggunakannya dalam situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian kita….semua itu memerlukan kefaham dan pengetahuan mendalam tentang SiRAH NABI.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu…”

-Surah Al-Ahzab:ayat 21-

Maka,
Ayuh sahabat kita dalami sirah!

Wallahuaklam.

0 comments:

Post a Comment