Empayar Abbasiyyah Kemuncak dan KejatuhanTamadun Islam

SEJARAH KEMUNCULAN BANI ABBASIYAH

Empayar Abbasiyah bertitik tolak dari usaha Muhammad Bin Ali (cicit Saidina Abbas) berusaha mengembalikan semula pemerintahan Islam kepada keluarga Bani Hasyim.Usaha itu bermula semasa pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz (99 hingga 102 H/717 hingga 720 M)dan sampai ke kemuncaknya pada masa pemerintahan Khalifah MarwanII(127 hingga 133H/744 hingga 750 M).Akhirnya Abu Abbas al-Saffah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyyah lalu dilantik menjadi khalifah.

PERKEMBANGAN PESAT ILMU PENGETAHUAN
Zaman Abbasiyah adalah zaman kemuncak Tamadun Islam .Pada zaman tersebut ilmu pengetahuan berkembang pesat .Antara usaha yang dilakukan pada masa itu untuk mengembangkan ilmu ialah menterjemahkan karya-karya yunani,parsi dan hindi kedalam bahasa arab.Pada masa ini juga lahir cendikiawan islam yang terkenal seperti Ibnu Sina,Al-Khindi,Al-Farabi dan ramai lagi.

Dalam bidang ekonomi, muncul al-fazari.Di eropah beliau dikenali dengan nama Al-Faragnus.Beliau menulis buku astronomi yang diterjemahkan ke Bahasa Latin oleh Gerard Gremona dan Johannes Hispalensis.

Dalam bidan kedoktoran pula lahir al-Razi dan Ibn Sina.Al-Razi adalah tokoh pertama yang dapat mengenali penyakit cacar.Ibnu Sina pula berjaya dengan penemuannya berkenaan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.Antara karyanya adalah Qonuun Fi Thibb yang merupakan ensiklopedia kedoktoran.

Dalam bidang optik pula muncul Abu Ali al-Hasan Ibn Al-Haitami.Di Eropah beliau dikenal dengan nama Al-Hazen.Teori beliau mengatakan benda yang mengirim cahaya kepada mata bukan mata yang mengirim cahaya kepada benda,kini terbukti kebenarannya.

Jabir ibnu Hayyan pula terkenal dalam bidang kimia.Beliau berpendapat logam seperti timah,besi dan tembaga dapat diubah menjadi emas ataupun perak dengan mencampurkan suatu zat tertentu.

Dalam bidang matematik pula muncul Muhammad bin Musa al-Khawarizmi,yang juga mahir dalam ilmu astronomi.Meliau mencipta ilmu aljebra.Nama itu berasal dari bukunya iaitu al-jabr wa al-muqoibalah.

Dalam bidang sejarah pula muncul tokohsejarah seperti al-Mas'udi.Beliau juga ahli dalam bidang astronomi.Antara karyanya adalah Muuruj al-Zahab wa Ma'aadzin al-Jawahir.

Dalam bidang falsafah juga tidak kurang juga hebatnya.Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti al-Farabi,Ibn Sina dan Ibn Rusyd.Al-Farabi banyak menulis buku falsafah,ilmu logik,ilmu jiwa dan kenegaraan. Ibnu Sina pula mengarang buku berkenaan falsafah yang terkenal iaitu al-Syifa'.

Dalam bidang agama pula muncul Imam Abu hanifah(Mazhab Hanafi 700 hingga 767M)Imam Malik (Mazhab Maliki 713 hingga 795M)Imam Syafei(mazhab Syafei 767 hingga 820 M) dan Imam Ahmad ibn Hanbal(Nazhab Hanbali 780 hingga 855M).

Semasa tentera Monggol menakluk Baghdad,ramai ulama dan cendikiawan Islam di bunuh.Kitab-kitab dibakar dan dibuang ke dalam Sungai Dajlah sehingga air sungai itu berwarna hitam.Semua kemajuan yang dibangunkan oleh Bani Abbasiyah lenyap.Semenjak itu, bermulalah zaman kemunduran umat islam.